Wednesday 14 May 2014

Simple~

Perkongsian yang simple. sesimple diri ini :) 

Nak berkongsi sdikit ilmu daripada Murobbi tercinta Kak Qino,

Bekalan seorang murabbi

**Apa maksud Murabbi?

Tak tahu? 

Murabbi tu sama je mcm daie kak. Semua orang islam tu ialah daie. mcm yang Yusuf Al-Qardhawi kata
'selain seorang muslim kita adalah seorang daie'

**Daie tu apa? Mcm berat je bunyi. Biasanya bahasa arab ni berat2, mendalam maksud. aku tak layak lagi kut.

eh. Tak beratlah. kalau kita ambil berat, ringan je.. kalau kita ambil ringan tentang daie, berat lah bagi kita. 
Dalam kata simple " ajak org buat kebaikan, dan tegah kejahatan " tapi ada banyak cara.
Memang tanggungjawab seorang muslim, apatah lagi mu'min. Pehe dok? Simple je..

**owh. ok..ok..

Ok, straight to the point.
Ada 3 Bekalan Seorang Murabbi. Dalam satu journey, bekalan tu benda wajib yang perlu ada. sama jugak dalam perjalanan menjadi murabbi

**aku drive gi KL tak bwk bekal pun :p

Aik! drive tak pakai petrol? Takkanlah lori bergerak tanpa diesel.. macam tu jugak dengan bekalan murobbi, tak ada bekal tak leh nak mulakan perjalanan.   

**Oooooo...

Bekalan yg pertama, 

1) Iman. 
'Iman adalah mutiara...Lalalala~~ ' 
Iman ni adalah kepercayaan. Simple.
Antaranya kepercayaan kita bahawa Allah itu tuhan yang satu - org jawa panggil, Imanu billah. 

Andai kan agama lain
Kristian prcaya jesus tuhan mereka, Ha! itu kprcayaan mereka. Mereka ada iman masing-masing
Dengan iman akan lahirkan sebuah keyakinan
Dengan keyakinan akan lahir kan sebuah harapan. 
Harapan tu adalah D.A.K.W.A.H


2) Akhlak 

Tunjukkan, tonjolkan, serlahkan,  contoh yang terbaik kepada orang yang menjadi target kepada ajakan kita dengan harapan supaya mereka pun dapat lahirkan tentera2 mreka sendiri.

Jadilah diri kita yang sebenar di hadapan mereka. elakkan mnjadi hipokrit dihadapan mereka. Terutama dari segi sifat, akhlak, adab,etika (sama je maksud) dan personaliti. Simple~

Andai kata, personaliti kita kurang menarik (dr segi kkemasan dan kebersihan). Begitu juga dengan akhlak kita cacat kat bbrapa tempat. inilah masanya utk ubah dan tonjolkan dihadapan mereka sebagai Qudwah bagi mereka. 

3) Ilmu

Perlu ada ilmu untuk diri dan untuk dikongsi. Simple~

Nak berdepan mad'u memerlukan ilmu

Antara ilmu yang dberi keutamaan utk mnjadi seorang Murabbi. 
Yang Pertama?

**Fardhu Ain

Yang kedua?

**ilmu sejarah.

Betul! Utamakan bagi sejarah Islam. Tarikh Islam.. Yang ketiga?

**Ilmu Bahasa

Last but not least?

** Ilmu kemanusiaan.

Ilmu yang paling utama ialah ilmu fardhu ain.
Ilmu yang mndekatkan diri kepada Allah. Wajib dipelajari oleh semua umat Islam.

Ilmu sejarah juga penting, sebagai qudwah dan inspirasi kita dalam memprjuangkan lagi iman dalam diri sndiri melawan nafsu.

Ilmu bahasa. Ilmu kemanusiaan sperti pergaulan dan psycology.

Dalam mnjadi seorang murabbi, kena bersedia ketiga-tiga perkara ni.
Indahkan akhlak, Menarikkan personaliti. In sha Allah. Biiznillah.
Satu perkara yang utama wajib diingat, Allah lah yang pegang hati2 manusia. Segala2 nya serah kepada Allah. 

KeArahKesempurnaanIman~

psst...maafkan segala typo. ;) typo itu trend.