Tuesday, 3 June 2014

Kg Seri Cheeding, Banting

Banting: Dua beradik maut dalam satu nahas selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam dalam parit Jalan Aman, Kampung Seri Cheeding, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Kejadian berlaku selepas kenderaan Grand Livina dinaiki mangsa berusia 18 dan 21 tahun termasuk ke dalam parit berkenaan menyebabkan mereka lemas akibat terperangkap dalam kereta.
Mangsa, Azma Raifana Marhalim, 21, dan adiknya, Sarah Khalis Marhalim, 18, disahkan mati sejurus tiba di Hospital Banting.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...  
Sarah Khalis Ibrahim, 18 umur sebaya...
Azma Raifana Marhalim, 21 sebaya pula dengan abang...

Walaupun tak mengenali kedua2 beradik ini.. tetapi berita ini cukup menyentap!i. Time baca tentang berita ni di whatsapp, tgh dengar lagu taylor swift sambil  blog walking. Terus tutup lagu. 
Dikhabarkan kakak kepada kedua beradik ni merupakan ex-SAM Bestari. Lebih terasa terpanggil untuk bertanyakan kepada kawan2 merangkap sahabat2 arwah Sarah Khalis  (ex-SAMTTAR)
Hari demi hari..
Satu demi satu...
Insan yg sebaya dgnku, pergi melangkah ke alam seterusnya...

Inilah manusia. alpa. lalai. Tunggu diketuk baru terngadah. Pernah satu kali terjadi satu fenomena di homepage facebookku penuh dengan berita2 sedih sahabat2ku atas pemergian sahabat mereka yang berbeza-beza. Bukan seorang, bukan dua orang.. tetapi lebih. Kebanyakan mereka kemalangan. 
Aik? takkan nak baca bagai angin lalu je? ish...

COME ON! WAKE UP! 
Ajal tak mengenal usia. Datang tiba-tiba. Tanpa kita sedar. 
Bagi diri ini yang masih berfoya-foya dan masih leka dgn dunia yang kita anggap 'sesuai' dgn remaja, wake up, and start preparing yourselves. 
" Remaja wei, enjoy lah! Jom la join jadi Pailang!" 
" Stress lah aku tak ada hiburan. Orang-orang tua bolehlah.. ak perlukan hiburan, kalau tak rasa layu"
"Cuti sem aku nak manfaatkan dengan sebaik2nya..nak khatamkan drama korea 'My Love From The Star'
 habis cuti sem kena fokus study balik"
erk..
Mindset 
Its all about mindset. Mindset kita yang mengatakan kita 'baru' 18,19 or 17 tahun inilah yang membantutkan kematangan diri sendiri. Sepatutnya, kata2 yang sering dituturkan "aku sudah 18" yang patut kita setkan dalam minda
Bukan masanya nak tengok running man sampai 3 EPISEODE SEHARI
Bukan masanya nak dengar radio 24 JAM.. .
Bukan masanya nak baca novel cinta terguling-guling atas katil SEPANJANG MASA..
dan semestinya bukan masanya nak khusyuk study sampai LEWATKAN SOLAT
Hiburan adalah sampingan. Bukannya tujuan utama hidup! Andai tiba saatnya nanti.. sempat ke nak ubah balik matlamat hidup yang dah terpesong sebelum ini? NAUZUBILLAHIMINZALIK..
Sentiasalah merasakan diri ini kurang. bandingkan diri dengan insan lain yang lebih. 
Apabila rasa diri dah cukup hebat dengan solat 5 waktu, bandingkan dgn sahabat yang solat awal waktu
Rasa diri dah cukup hebat solat awal waktu, bandingkan dgn sahabat yang sering melakukan solat sunat tambahan 
Rasa diri dah hebat dengan 'title' sekolah agama, bandingkan diri dgn para huffaz yang jauh lebih hebat pangkatnya di sisi Allah.. Allahu Akbar, in sha ALLAH
Berusaha dari hari ke hari menjadi Muslim yang beriman dan lebih beriman, mu'min. manusia tak sempurna, alangkah indahnya  jika ke arah kesempurnaan iman.
Daripada Anas r.a dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

Detik Kematian 
Lagu sayu yang dinyanyikan INTEAM, syahdu, seram, meremang bulu roma.

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

~KeArahKesempurnaanIman~