Sunday 30 December 2012

coretan hati 2013.. :)

Assalamualaikum... 

Hari ini, 30.12.2012, hari yg kedua terakhir sebelum  aku balik ke asrama. Macam2 pendapat, ada yang kata penjara, ada yang kata mcm pergi kem setahun tapi yang positive thinking anggap kembali  ke Madrasah Tarbiyyah.. Mmm...

        Macam2 aku pelajari cuti ni, macam2 aktiviti yg dibuat. memang kecewa, tak dapat ikut kem yang dianjurkan Paksi Training. tapi, aku yakin, pilihan ayah dan umi mmg yang terbaik. kem kat Serendah pun seronok jugak. tolong umi mengajar bahasa Arab, bahasa Al-Quran, pergi ke kelas tuisyen spm hampir setiap hari. kadang2 memang rasa letih,penat. kadang2 mengeluh. tapi, umi slalu cakap. itu semua Jihad... yang penting? Niat...

Cakap pasal spm, rasa dah besar. dah jadi 'kakak'... nak jadi kakak kenalah matang kan? Matang? Mmmm.... f4 (2012) mmg kurang matang. tapi aku yakin, kami matang dalam pemikiran. Hanani, Moley, Dilaba, Marinah, Huzaireen, Hasya, Fazilla, Farasyahida, Intan Suri, ramai lagi la......  nampak je mcm budak2, tapi kalau time ada benda serius..matang  gilerr   sangat. tak perlulah kita nak hipokrit menukar watak kita yang ceria, tapi kita berfikirlah sematang2 nya, maka jadiah kita org yg matang. Org yg matang ni sebenarnya , bila dia ada masalah dia akan ingt Allah..tergolongkah kita? *big  question*

         Teringat time f1, time kecik2. Pada suatu hari mengeluh kat seorang sahabat, Aqilah Alias. mengeluh kat dia sbb time tu dapat tau jadi Badar. mengeluh sebab time tu fikir, lepas dapat jawatan badar, kenalah jadi seorang yang matang, skema, kena jadi baik, sopan santun. tapi, Aqilah Alias cakap apa nak tau? dia kata.... tak yah nak  risau2. kita jadi je diri kita yang sebenar, karakter yang sebenar (asalkan benda tu tak menyalahi syariah la.. ) nak tau kenapa? sebab masa sendiri akan mematangkan kita melalui pemikiran. tapi kalau kita bergantung 100% kpd Allah..in shaa Allah, kita akan berada di landasan yang betul... :D

           Semoga batch sambest gen 12 dapat menjalankan amanat dengan baik dan dengan amanah. tak pernah sekali pun ber cita2 untuk jd batch yg paling hebat di SAMBest, yg boleh mengalahkan semua batch2 lain sebelum ini. tak! tapi hanya berharap gen 12 dpat menjalankan amanah Allah sehabis baik. dan sepenuh kudrat. Jom, kita buang segala sengketa. buanglah penyakit2 hati, riak, takabbur, hasad dengki, cemburu... penyakit2 hati nilah yang membuatkan umat Islam berpecah. 

            selalu ingat pesan kak Hanis Be.. jagalah HATI terjagalh semuanya. kak Khaulah pulak selalu pesan, buatlah sesuatu yg kita rasa boleh menaikan IMAN kita. sebab kita ni manusia mmg x smpurna, tapi menuju kearah kesempurnaan IMAN.. kan3? terima kasih banyak2 kat akak2 sebab banyak sangat ajar kami erti kepimpinan. :)

         kepada sahabat2... teruskan berjuang. TAJDID niat sebelum kereta tu masuk ke dalam pagar sekolah.. everything is JUST for Allah.. tinggalkan la cinta2 monyet, beruk , yang selama ini mengikat dirimu kepada kemaksiatan. `Ilmu itu cahaya takkan masuk kat hati org yang buat maksiat. tinggalkan lah cita2 yang nak jadi lawbreker terhebat di sambest  *ada ke?*. Cubalah kita buat sesuatu yang Allah suka. Eh, bukan cuba..tapi WAJIB!  its ok der... kalau nak langgar peraturan manusia dan buat sesuatu yang Allah suka dan yang x mendatangkan murka Allah..sebab undang2 Allah lagi penting. kalau sampai langgar undang2 Allah.. mm, kat akhirat nanti Allah akan soal ya!, (ya Allah.. jauhkanlah aku dari seksa qubir dan api neraka..) 

         Jom sama2 berjuang, menegakkan agama Allah di bumi bestari. menegakkan dan memperjuangkan Islam. Aisyah Nabilah (KF) kata, "To defeat the darkness out there, you must defeat the darkness inside yourself"..

ada sedikit perkongsian untuk sesiapa yang sudi membaca blog ni.. boleh sama2 amalkan 

Doa daripada Rasulullah kepada untuk Anas b Malik
اللهم أكثر ماله وولده
ووسع له في داره
وبارك له فيما أعطيته
وأحسن عمله
واغفر له
Ya Allah banyakkanlah hartanya dan anak-anaknyanya 
luaskanlah rumahnya
berkatilah apa yang kau kurniakan kepadanya,
perbaiki amalannya
.dan ampunkan dia

(   ' kalau nak amalkan doa ni, tukarkan 'nya)
( 'kepada 'ku)

Saturday 8 December 2012

Inilah realiti~

solat berjemaah di tengah-tengah hutan, ditemani irama aliran air sungai dan percikan air terjun yang mengasyikan, dan nyanyian merdu si cengkerik hutan memang sangat menenagkan dan dapat menambah kekhusyukan..

salam ke kiri menandakan selesailah solat fardhu yang dilaksanakan. Air wudhuk yang menggunakan air mutlak iaitu air sungai masih terasa kesejukannya di wajah. Daun-daun dan batu-batu kecil dimuka disapu bersih sebelum bersalam dengan jemaah akhowat lain
sekadar gambar hiasan

pengalaman 'jungle tracking' di dalam hutan kali ini berbeza dengan yang lain. 
meskipun di kawasan yang sama, bukit Serendah.
mungkin, kalai ini kusudah cukup dewasa untuk berfikir mengambil ibrah
atau mungkin kerana pendakian di bukit Serendah pada kali ini, aku bersama dengan
sahabat-sahabat yang baru sahaja aku kenali, yang belum serasi bersama
mungkin juga kerana kepenatan kali ini berbeza setelah 6 jam berjalan,
dan berhenti seketika untuk minum air di sungai-sungai kecil apabila terjumpa.
mungkin juga kerana cabaran yang ditempuh lebih sukar, memandangkan sekarang musim hujan.

antara Ibrah yang sempat kufikir,
lorong yang kami lalui sepanjang kami berjalan di hutan,
kuibaratkan umpama agama. Tali agama Allah. Agama disisi Allah.
Takkan mungkin dapat hidup tanpanya.
Malah, kami akan sesat di hutan itu tanpa lorong yang ada.
Lalang dan pacat. tidakku nafikan, bagiku pacat adalah binatang yang amat kugeli. berusaha aku beranikan diri memegangnya tatkala ia melekat di stokinku. Namun, keberanian masih belum menerjah.
lalang dan pacat umpama halangan yang dilalui, ketika kita berusaha mengikut Agama Allah. Terkadang, lalanng yang tajam, panjang dan banyak membuatkan lorong yang harus kami lalui tidak kelihatan.

di sanalah,
aku melihat pelbagai ragam manusia.
tatkala digigit pacat. ada yang menjerit, ada yang  beristighfar. ada yang 'cool'. ada juga kulihat dia bersyukur. Paling tidak menyenangkan, ada yang mencarut.
tatkala ada yang terjatuh, tergelincir dek batu-batu licin di sungai, ada yang membantu, ada yang hanya mampu melihat. paling tidak menyenangkan ada yang menggelakkan
Lelaki jatuh, perempuan gelakkan, apabila perempuan yang jatuh, giliran lelaki memecah suasana.

inilah realiti kehidupan,
ketika ditimpa musibah. pelbagai ragam manusia. Dan sebaik-baik 'respond' terhadap ujian Allah adalah
BERSYUKUR..
ketika ada yang jatuh, rebah kerana kegagalan yang sementara, juga pelbagai ragam dari masyarakat.
Ada yang suka melihat kita jatuh, tapi jangan lupa masih ada yang mahu membantu untuk kita bangkit semula
rasa sedih..
Bila mendengar orang mencarut kerana musibah yang sangat sedikit, jika dibandingkan dengan pengorbanan kakak dan abang seagama kita di Syria dan Palestin. mengorbankan darah demi Islam
rasa sedih..
Bila melihat insan yang tiada sedikit pun dihatinya belas kasihan, menggelakkan, mempersenda mereka yang lemah dan perlukan bantuan.
sedangkan Rasullah ada bersabda, dalam riwayat Bukhari


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya kalian hanya akan dibantu dan diberikan rezeki oleh Allah jika kalian semua membela orang yang lemah." 
rasa bangga..

melihat segelintir remaja yang masih mempunyai sikap prihatin, dan berfikiran positif.

Tidak akan yang negatif selamanya menjadi negatif?
Tidak mustahil yang negatif akan menjadi positif berdasarkan pemikiran kita yang sentiasa positif.
dengan izin Allah.
Ingatlah!
Mustahil di dunia hanya ada 2,
iaitu..
Sifat mustahil bagi Allah SWT
Sifat mustahil bg Rasulullah SAW

Adakah ini remaja yang 'konon' nya berjihad? mahu menggoncang dunia?
gagal bermujahadah melawan nafsu?

Ayuh, berfikir, sahabat sekalian. Antara golongan yang sudah diceritakan.
Apa pilihan kita?
Mengikut kata NAFSU atau AKAL?

Jikalau kita tergolong antara golongan yang negatif seperti di atas. Ayuh berubah!
Sesungguhnya kata-kata melambangkan hati. Jagalah kata-kata dan tingkah lakumu.
Agar Islam mudah berkembang dan tersebar, jika remaja islam mengamalkan apa yang diajar oleh agama ISLAM.

REMEMBER!
religion is nothing we can make fun of..

Hayati lagu dan liriknya..


Monday 3 December 2012

Mencari jalan menuju ke Syurga (2)


Perjalanan dari Maahad Tahfiz Qiraat ke rumahnya yang sejauh 4 kilometer terasa sekejap. Sepanjang perjalanan Ayuni teringat perbualan dengan anak muridnya, Sumayyah.
“Mm….”
Ayuni yang termenung. Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana mahu menidakkan kenyataan Sumayyah sebentar tadi. Rasa ingin tahu menyerang dirinya, kenapa Sumayyah bertanya soalan begitu. Adakah kerana, ibu Sumayyah…. Astaghfirullah! Suuzhon.
“ Ustazah? “ Sumayyah memanggil Ayuni yang masih termenung. Ayuni tersedar dari lamunan. Terkejut. 
“ Oh, minta maaf. Ustazah terlupa nak jawab soalan kamu..” Ayuni mengelak.
“ Bukannya apa ustazah, semalam Sumayyah pergi masjid besar, dengar ceramah Ustaz Azhar. ikut kakak sepupu . Dia kata kalau mak buat salah anak kena tegur. Kalau saya tak tegur, saya dosa ke ustazah?” Sumayyah bertanya lagi.
“ Kalau Sumayyah sayangkan mak, ayah Sumayyah. Kenalah tegur kesalahan mereka. Tapi ingat, kena lemah lembut, sopan santun. Kita kena hormat mereka dan menyayangi mereka. Kita tegur kesalahan mereka pun sebab kita sayangkan mereka. Betul tak?” ringkas nasihat Ayuni. Kepala Sumayyah diusap lembut. Sumayyah mengangguk. Entah apa yang difikir anak ini.
“ Ustazah pergi tak ceramah Ustaz tu?” Sumayyah bertanya lagi. Kali ini Ayuni terdiam lagi. Bukannya tidak tahu menjawab, tapi mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muridnya ini.
“ Ustazah tak pergilah. Ustazah penat sangat malam tu. Ok lah, Sumayyah, Ustazah nak balik. Siapa ambil kamu balik sekolah?.” Ayuni mengubah topik. Kalau dibiarkan setengah jam mereka berbual. Sumayyah mengangguk setuju.
“pak Ayub..” Tangan Ayuni disalam sekali lagi. Ayuni memerhati Sumayyah sehinggalah dia masuk ke sebuah kereta mewah. Di dalamnya kelihatan seorang lelaki yang agak berumur memakai uniform putih, berkaca mata hitam. ‘ Oh, itu Pak Ayub..’ bisik hati Ayuni.
Motor Yamaha hijau miliknya di turunkan tongkat. Helmet yang dipakai, ditanggalkan dan diletak ke atas bakul motor. Ayuni menyusun langkah menuju ke dalam rumah.  Telefon bimbit NOKIA miliknya dikeluarkan dari beg tangan. Sebuah mesej dihantar.
To: Zana.
Assalamualaikum Zana, ceritalh kat aku, apa pngisian kt msjid Negeri hri tu?
-------------
Sejurus selepas Ayuni selesai makan malam bersama kedua orang tuanya, Ayuni masuk ke bilik. Dia ingin membersihkan badannya. Sebentar lagi, azan maghrib akan berkumandang. Telefon bimbitnya berkelip-kelip di atas meja, menandakan ada mesej masuk. Butang open ditekan
From: Zana
No hal. Malam ni aku telefon ye. Bnyk soalan yg ditanya, psal keluarga, perann ibubapa n perann anak...
‘Oh, patutlah Sumayyah tanya kat aku pasal hal-hal keluarga..’ Ayuni bemonolog.
------------------------------------------------------------------------------------------------

                Sudah masuk minggu ke-2 Ayuni mengajar di sekolah rendah Maahad Tahfiz Qiraat itu. Semakin hari semakin rapat Ayuni dengan anak-anak muridnya. Semakin hari juga hubungan Ayuni dengan Sumayyah semakin rapat, melebihi hubungan guru dan murid. Mana tidaknya, setiap hari Sumayyah bertemu dengan Ayuni, bagi bertanyakan soalan-soalan yang agak pelik diutarakan oleh kanak-kanak seperti Sumayyah.
                “ Ustazah, orang yang masuk Islam akan diampunkan dosa mcm bayi bru lahir kan? Kalau mak saya keluar Islam, lepas tu masuk Islam balik, dosa-dosanya akan diampunkan tak?”
                “ Ustazah, kalau perempuan pakai pakaian yang ketat tu, umpama terlanjang, lebih baik tak payah pakai baju kan ustzah?”
                “ Ustazah, dosa ke, kalau saya tak salam dan cuim tangan Abah hari-hari,macam yang ustazah cakap hari tu? Abah saya dah lama tak balik rumah.”
Itulah soalan-soalan yang pernah diutarakan Sumayyah saban hari.
                Seperti biasa, Ayuni akan pergi ke pejabat seusai tiba di kawasan sekolah itu. Kelihatan ramai murid yang berkeliaran. Ada yang berkejaran, ada yang duduk sambil tergelak-gelak. Bahagia. Sepuluh minit lagi perhimpunan mingguan akan dimulakan.
                “ Assalamualaikum, ni Ustazah Ayuni ke? “ Satu suara menyapa Ayuni dari tepi. Ayuni yang khusyuk mendengar ucapan Guru Besar Tuan Haji zakaria terkejut.
                “waalaikumussalam. Ya, saya Ustazah Ayuni..” Ayuni memandang kearah suara yang memberi salam. Seorang wanita berjaya, berumur lingkungan 30-an. Tudung fesyen Indonesia yang berkelip-kelip dipadankan dengan baju kebaya moden yang penuh labuci yang dipakai jelas membuktikan wanita ini adalah wanita berkerjaya. Kaca mata hitam yang dipakai di buka.
                “ saya, Puan Amirah, mak Sumayyah, boleh saya nak jumpa dengan Ustzah sebentar?” Wanita yang menggelarkan dirinya mak kepada Sumayyah meminta izin. Ayuni tekaku sebentar. Terkejut. Kemudian dia mengangguk, lalu mengajak Puan Amirah masuk ke bilik guru.
                “ Beginilah ustazah. Saya sebenarnya nak minta tolong jasa baik Ustazah..” Puan Amirah mula bersuara seusai dia dipersilakan duduk oleh Ayuni.
                “ Minta tolong saya? ......"

bersambung...