Monday 3 December 2012

Mencari jalan menuju ke Syurga (2)


Perjalanan dari Maahad Tahfiz Qiraat ke rumahnya yang sejauh 4 kilometer terasa sekejap. Sepanjang perjalanan Ayuni teringat perbualan dengan anak muridnya, Sumayyah.
“Mm….”
Ayuni yang termenung. Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana mahu menidakkan kenyataan Sumayyah sebentar tadi. Rasa ingin tahu menyerang dirinya, kenapa Sumayyah bertanya soalan begitu. Adakah kerana, ibu Sumayyah…. Astaghfirullah! Suuzhon.
“ Ustazah? “ Sumayyah memanggil Ayuni yang masih termenung. Ayuni tersedar dari lamunan. Terkejut. 
“ Oh, minta maaf. Ustazah terlupa nak jawab soalan kamu..” Ayuni mengelak.
“ Bukannya apa ustazah, semalam Sumayyah pergi masjid besar, dengar ceramah Ustaz Azhar. ikut kakak sepupu . Dia kata kalau mak buat salah anak kena tegur. Kalau saya tak tegur, saya dosa ke ustazah?” Sumayyah bertanya lagi.
“ Kalau Sumayyah sayangkan mak, ayah Sumayyah. Kenalah tegur kesalahan mereka. Tapi ingat, kena lemah lembut, sopan santun. Kita kena hormat mereka dan menyayangi mereka. Kita tegur kesalahan mereka pun sebab kita sayangkan mereka. Betul tak?” ringkas nasihat Ayuni. Kepala Sumayyah diusap lembut. Sumayyah mengangguk. Entah apa yang difikir anak ini.
“ Ustazah pergi tak ceramah Ustaz tu?” Sumayyah bertanya lagi. Kali ini Ayuni terdiam lagi. Bukannya tidak tahu menjawab, tapi mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muridnya ini.
“ Ustazah tak pergilah. Ustazah penat sangat malam tu. Ok lah, Sumayyah, Ustazah nak balik. Siapa ambil kamu balik sekolah?.” Ayuni mengubah topik. Kalau dibiarkan setengah jam mereka berbual. Sumayyah mengangguk setuju.
“pak Ayub..” Tangan Ayuni disalam sekali lagi. Ayuni memerhati Sumayyah sehinggalah dia masuk ke sebuah kereta mewah. Di dalamnya kelihatan seorang lelaki yang agak berumur memakai uniform putih, berkaca mata hitam. ‘ Oh, itu Pak Ayub..’ bisik hati Ayuni.
Motor Yamaha hijau miliknya di turunkan tongkat. Helmet yang dipakai, ditanggalkan dan diletak ke atas bakul motor. Ayuni menyusun langkah menuju ke dalam rumah.  Telefon bimbit NOKIA miliknya dikeluarkan dari beg tangan. Sebuah mesej dihantar.
To: Zana.
Assalamualaikum Zana, ceritalh kat aku, apa pngisian kt msjid Negeri hri tu?
-------------
Sejurus selepas Ayuni selesai makan malam bersama kedua orang tuanya, Ayuni masuk ke bilik. Dia ingin membersihkan badannya. Sebentar lagi, azan maghrib akan berkumandang. Telefon bimbitnya berkelip-kelip di atas meja, menandakan ada mesej masuk. Butang open ditekan
From: Zana
No hal. Malam ni aku telefon ye. Bnyk soalan yg ditanya, psal keluarga, perann ibubapa n perann anak...
‘Oh, patutlah Sumayyah tanya kat aku pasal hal-hal keluarga..’ Ayuni bemonolog.
------------------------------------------------------------------------------------------------

                Sudah masuk minggu ke-2 Ayuni mengajar di sekolah rendah Maahad Tahfiz Qiraat itu. Semakin hari semakin rapat Ayuni dengan anak-anak muridnya. Semakin hari juga hubungan Ayuni dengan Sumayyah semakin rapat, melebihi hubungan guru dan murid. Mana tidaknya, setiap hari Sumayyah bertemu dengan Ayuni, bagi bertanyakan soalan-soalan yang agak pelik diutarakan oleh kanak-kanak seperti Sumayyah.
                “ Ustazah, orang yang masuk Islam akan diampunkan dosa mcm bayi bru lahir kan? Kalau mak saya keluar Islam, lepas tu masuk Islam balik, dosa-dosanya akan diampunkan tak?”
                “ Ustazah, kalau perempuan pakai pakaian yang ketat tu, umpama terlanjang, lebih baik tak payah pakai baju kan ustzah?”
                “ Ustazah, dosa ke, kalau saya tak salam dan cuim tangan Abah hari-hari,macam yang ustazah cakap hari tu? Abah saya dah lama tak balik rumah.”
Itulah soalan-soalan yang pernah diutarakan Sumayyah saban hari.
                Seperti biasa, Ayuni akan pergi ke pejabat seusai tiba di kawasan sekolah itu. Kelihatan ramai murid yang berkeliaran. Ada yang berkejaran, ada yang duduk sambil tergelak-gelak. Bahagia. Sepuluh minit lagi perhimpunan mingguan akan dimulakan.
                “ Assalamualaikum, ni Ustazah Ayuni ke? “ Satu suara menyapa Ayuni dari tepi. Ayuni yang khusyuk mendengar ucapan Guru Besar Tuan Haji zakaria terkejut.
                “waalaikumussalam. Ya, saya Ustazah Ayuni..” Ayuni memandang kearah suara yang memberi salam. Seorang wanita berjaya, berumur lingkungan 30-an. Tudung fesyen Indonesia yang berkelip-kelip dipadankan dengan baju kebaya moden yang penuh labuci yang dipakai jelas membuktikan wanita ini adalah wanita berkerjaya. Kaca mata hitam yang dipakai di buka.
                “ saya, Puan Amirah, mak Sumayyah, boleh saya nak jumpa dengan Ustzah sebentar?” Wanita yang menggelarkan dirinya mak kepada Sumayyah meminta izin. Ayuni tekaku sebentar. Terkejut. Kemudian dia mengangguk, lalu mengajak Puan Amirah masuk ke bilik guru.
                “ Beginilah ustazah. Saya sebenarnya nak minta tolong jasa baik Ustazah..” Puan Amirah mula bersuara seusai dia dipersilakan duduk oleh Ayuni.
                “ Minta tolong saya? ......"

bersambung...

2 comments: