Sunday, 27 January 2013

Banyak persoalan yg berada di minda ~


STOP! jangan bercouple...ianya menghampiri zina.....

1. Kami tidak berzina!

*shock!*

-Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?

*grrr!*

- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu 
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. you're in danger!... Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap.. dah banyak tipu daya iblis yang tepat pada sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan lupa... Sapelah kita kalo nak dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis tu licik sangat2 . Pengalaman diorang banyak...

Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan 

*scared*

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!

- Betul2! adui.. degil betul lah,,, Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang mula2 tak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun, desakan perasaan dan hasutan iblis, akan mengheret kepada satu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. bukankah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?

- Zina ni sebenarnya ada bermacam-macam jenis dan peringkat, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat pasangan yg 'dicintai' . Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud)
                Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh bawa kepada perzinaan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? JANGAN TIPU!!. Kalau betul tak apa... kalau kat Universiti tak apalah..  Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berbincang2 pelajaran padahal niat kita lain akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?
*shock* *shock*'

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group

- Allah kan tahu niat hamba2Nya. Segalanya kembalilah pada Allah :D
*blinkblink*

8. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

-Ops2... jaga mulut, jangan mepersoalkan hukum Allah.. Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah remaja, fitrah manusia. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang, tak normallah!. Islam bukan datang membunuh naluri cinta itu, TIDAK! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami yang melarang perkahwinan bagi mereka. Jangan nafikan naluri ini.
                 Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Labuhkan cinta kpd yg sudah pasti menyintai kita,...Allah dan Rasulullah... :'( Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri, dan perasaan..

9. Tentu ada cinta secara Islam kan?.

- Of course! mestilah ada. kalau tak kenapa Allah wujudkan cinta. Couple secara Islam adalah selepas kahwin. Cinta lepas ijab dan qabul. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Islam melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa sesuatu yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah S.A.W :  Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. 
( dari Ibni Majah).
Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

10. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi.. kalau di sekolah..berjumpa di kelas pada waktu malam... kemudian berbual kosong, tanpa hala tuju. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, Na'uzubillah....
         Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta yang tak halal adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun. Kalau kita sbg pelajar yang beragama Islam, buat mcm tu...kita ni umpama fitnah kpd agama!!

11. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..

 -Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia sukar menahan ujian nafsu. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang

12. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

-Bagaimana di harap kebahagiaan kalau tak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan manusia yang cipta. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya melalui perkara yang Allah redhai.
           Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung,bagaimana kesudahannya?? dah2... tak payah fikir lagi perkara2 tu. Tanggungjwab sebagai seorang hamba, sebagai seorang anak, sbg seorang pelajar dah selesai ke? *tanya diri*


~keArahKesempurnaanIman~

~KeArahKesempurnaanIman~

8 comments:

  1. Saya sokong post ni. Kalau dapat share di facebook, saya akan share. Bercinta sebelum kahwin 10 tahun sekalipun, boleh ranap semasa berkahwin. Jauhilah bercinta di alam remaja. Zaman remaja adalah zaman untuk membuat persiapan ke alam dewasa. Semasa dewasa dah ada kerja, nak bercinta lama-lama baik kahwin terus. Jangan tunggu lama-lama. Bercinta ketika remaja jika ada musibah melanda, bakal merosakkan jiwa remaja yang rapuh dan fragile.

    ReplyDelete
  2. Betul, saya sokong pendapat saudari.. sharelah, semoga ia bermanfaat kepada semua.. :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah...best nyer ayat2 entri anti....brp umur anti...ayat2 yg dituturkan cukup matang...semoga mnjadi daieyah solehah abad ini ya...*antimaratussolehatunwamumtazatunfiddunyawalakhirah!!!*

    ReplyDelete
  4. saya dah copy and shared benda ni,, mohon shared ye.. kalo jumpa dalam fb pasal status ni jgn marah ye..

    ReplyDelete
  5. lagi2 zina siber>>>>>meleret-leret panjangnya tanpa nokhta.

    ingat : dosanya kita share kalau share bende yang berdosa.

    ingatkan diri kakCT juga.

    ReplyDelete
  6. Follower ke : 158
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete