Tuesday 4 November 2014

Elliot Rodger.

".....All I ever wanted was to fit in a happy life amongst humanity, but I was cast out and rejected, forced to endure an existence of loneliness and insignificance....."

Mukaddimah manifesto yang ditulis Elliot Rodger.

*Who's this guy? I never heard his name...

Tak pernah dengar? Kalau anda tinggal di Carlifornia, mungkin nama ni yang hangat disebut saban hari.

23 Mei 2014, Elliot Rodger telah membunuh 6 orang, eh silap.. 7 orang termasuk dirinya sendiri.

Faktor Elliot membunuh 7 org ini yang menarik perhatian saya untuk diceritakan di blog ini.  Elliot Rodger ialah seorang lelaki biasa dan juga seorang remaja. Sama je macam orang lain. Namun di sudut hatinya dia kesunyian kerana tak dapat perhtian dalam hidupnya. Tak ada teman wanita. Mungkin kerana tak ckup "hot" di kolejnya. Nak kata tak ada rupa, ada. kaya, memang kaya. Tapi hidupnya selalu sunyi.  Kenapa? Tak da siapa boleh jawab. Kesunyian Elliot membuatkan dia dendam dan membunuh kawan2 yang pernah memperlekehkan dia dan membunuh wanita yang mungkin pernah menolak cintanya. 

Huh, Sadis. Kesian. Dah berlalu tak boleh diundur,

Alhamdulillah... syukur ya Allah...
Syukur aku seorang Islam.  
Sebagai seorang Islam kita ada Allah. 
Allah yang sentiasa ada disisi kita setiap kali kita mencari DIA.
 Sentiasa ada. Sentiasa dan sentiasa. 
Takkan terlepas walau sesaat. 
Tak kisah lah dalam bilik, atas jalan raya, dalam gua.. kat mana2 Allah ada. 
Bila kita terdesak, memerlukan bantuan, percayalah akan ada satu kuasa yang paling besar iaitu kuasa Allah akan membantu kita. Percaya dan yakin.
Asalkan kita masih dalam landasan dan tujuan kehidupan. 


 Tujuan hidup sebagai orang Islam berbeza dengan orang yang bukan Islam.
 Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat redha Allah dan rahmat Allah. 
dan kejayaan kita adalah syurga. 
ITULAH TUJUAN HIDUP ORANG ISLAM.

tp, bagaimana dengan elliot? matlamat hidupnya adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. tidak bahagia dalam kehidupan merupkan kegagalan abadi baginya. Kegagalan abadi dia inilah yang mendorong dia berputus asa dan hidup dan 'membalas dendam' kepada orang yang memberi 'kegagalan' dalam mencapai kebahagiaan dirinya. 

Islam mengajar  kita dengan sifat Tawaddhuk dan jauhi sifat Al-wahn

Al-wahn? qu'est-ce que c'est? 

Rasulullah bersabda. 


“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”


Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”


 (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745. Dinilai sahih oleh al-Albani)


Siapa yg dalam hatinya ada sifat al-Wahn?  

Siapa lagi kalau bukan KIta sendiri. Jangan toleh kiri kanan, tengok cermin je.
 Islam juga mengajar kita tentang redha dan percaya takdir Allah.
 Percayakan segala takdir  yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik. contonya spt keluarga, anggota badan, kepandaian, bakat.
 Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik. Cuma tugas kita untuk take it from the positif side.
 Andai kata kita betul2 percaya kan Allah. Ops, bukan percaya tapi YAKIN dengan Allah, agaknya, masih adakah umat Islam yang mundur? Umat Islam yang malas? Umat Islam yang mungkir janji? Umat Islam yang putus asa?

ISlam is the best way of life. "Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" [Ali Imran : 19]



No comments:

Post a Comment