Thursday 25 October 2012

Gugurnya daun di 'Arasy Allah..

Takbir bergema, memecah keheningan pagi. burung berkicau-kicau menyanyi riang. bahagia. Mungkin, mengejek lembu dan kambing yang ditambat di batang2 pokok masjid-masjid, mana tahu? macam yang selalu diceritakan di komik kanak-kanak..
            " Pergi hantar mesej kat kakak, hari ni kan hari raya.." bergema suara umiku. Aku yang masih berangan, terkejut.
             "Ok umi! " aku pun mengambil telefon bimbitku menekan-nekan punat di telefon. Kakak dan abang di perantauan, kakak lagi sorang jauh di Johor. Tinggallah aku seorang bersama kedua orang tuaku menyambut raya aidiladha tahun ini. tapi, aku tetap bersyukur.. sangat2 bersyukur.. Alhamdulillah.

Gema takbir di pagi raya,
Ku teringat kampung halaman,
Aku di perantauan,
Tak berdaya menahan sebak...

teringat lagu raya yang dinyanyikan Raihan dan NowSeeHeart. tapi aku bukanlah orang perantauan, mgkin lagu ini lebih sesuai dinyanyikan adik beradikku yang lain :). Aku teringatkan sepupuku, baru sahaja kehilangan seorang ayah yang dipanggil abah, dua hari sebelum raya Aidiladha. Sebak. Memang sebak bila mengenangkan Wak Aim (pakcikku), seorang hamba Allah yang sangat baik, Umi kata, dia tak pernah tinggal solat berjemaah. Rumah pun dibina dengan kudrat sendiri disebelah masjid berhadapan rumah ibunya (nenekku). Semoga Wak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...Kepada Sepupuku, Roha, Kak Dila, Kak Meha.. aku berharap mereka tabah. Nasyroha, aku yakin dia sangat terkejut, kerana sebelum dia dihantar ke asrama, abahnya sihat walafiat, genap seminggu dia di asrama, ayahnya kritikal dihospital tidak sedarkan diri. Nasy..La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Hebat betul iman mereka sehingga Allah uji dengan ujian yang sangat berat ini. Aku melihat mereka adik beradik, sudah kering air mata, tetapi mata yang bengkak tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan keadaan mereka sudah puas menangis. mungkin sudah meredhai pemergian abah tercinta.
          Alhamdulillah, 3 orang sepupu lelakiku membantu menguruskan jenazah abah mereka. Dimandikan, dikafankan dan dikebumikan. walaupun masih kecil, di antara mereka, yang paling tua pun tingakatan dua. Anak lelaki yang sulung masih mampu tersenyum kepada tetamu yang hadir berziarah. Aku kagum. tabahnya adik sepupuku seorang ni. Seusai jenazah di kafankan, ahli keluarga jenazah mencuim jenazah buat kali yang terakhir sebelum wajahnya dibungkus. aku hanya memerhati, sebak. air mataku bergenang, lantas ku sapu air mataku dengan tudungku sebelum ia jatuh ke pipi. Basah. aku hanya mampu menenangkan Nasyroha. sedangkan diri aku pun sedang sebak menahan tangis.  Jenazah dibawa ke masjid Kancong Darat yang terletak hanya disebelah rumah Wak Aim. Penuh, padat perkarangan masjid dengan kerata-kereta dan motor-motor. sehingga tidakku nampak kelibat ibuku. terlalu sesak. masing-masing tidak mahu ketinggalan menyembahyangkan jenazah seorang pendidik.
    "Ramainye kak Mam, orang kat sini.." aku menegur seorang kakak sepupuku. matanya juga bergenang sepertiku.
    " Alhamdulillah, ramainya orang macam arwah yayi(atok) meninggal dulu. masa tu, solat jenazah sampai dua kali." kak Mam yang lebih tua 7 tahun daripadaku membalas.
     " dua kali kak Mam...? " aku menyoal kembali. Kak Mam tersenyum lalu mengangguk. Yayi(atok) meninggalkan ketika aku masih kecil. bayi mungkin. aku tidak pernah melihat wajah yayi yang juga merupakan seorang pendidik di Kanchong Darat. Aku mendongakkan kepala melihat langit. Kuterlihat segumpal awan  menutupi matahari sehinggakan tidakku rasa bahang teriknya mentari. Selesai solat jenazah, ramai orang berpusu-pusu keluar. masing-masing menaiki kenderaan masing-masing untuk mengahantar jenazah ke kuburan. kebanyakkannya dari kaum adam.
     " Wah, nak ikut umi pergi kubur tak? " Umi bertanya. Aku mengangguk laju. teringin sekali aku melihat jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad untuk memberi keinsafan kepada diriku, bagaimana pula keadaanku nanti? . Keluarga perempuan jenazah hanya duduk di rumah membacakan yaasin.Aku mengikut jenazah ke kuburan, tenang, damai, redup sehingga berakhir talkin yang bernada syahdu. Aku dan beberapa orang disekelilingku termasuk ibu dan kakak Saudaraku, kak Yani mendongak kelangit, kami melihat segumpal awan besar tadi masih setia menutupi terik cahaya matahari. bagai memahami kami di sini yang sedang kesedihan. Keadaan di luar kawasan perkuburan, panas terik, dapat kami lihat bayang-banyang pokok kelapa sawit diluar sana. sedangkan di kawasan tanah perkuburan redup, bayangku sendiri tidak kelihatan angin bertiup sepoi-sepoi.
                 Kehadiran awan itu seolah-olah menunjukan Allah mengasihi dan merahmati jenazah pakcik ku. Mungkin ada benarnya, ini satu petanda baik buat arwah yang merupakan seorang pejuang agama yang aktif di kalangan masyarakat.Amin, ya Rabb. Aku tersentuh, bila tiba saatku nanti, yaAllah,..berikanlah aku husnul khatimah. Oleh sebab itulah aku sangat bersyukur. walaupun ramai ahli keluargaku sedang berjihad di perantauan, aku bersyukur..kerana semuanya masih bernafas, aku juga masih mampu bernafas.

orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati kematian.

         Kepada sahabat yang lain, usah dikejar dunia fana' kelak akan kita tinggalkan. tumpukanlah hidup dalam mencari redha dan rahmat Allah. jadilah seorang yang mencintai rumah Allah agar kelak kat akhirat kita diantara 7 golongan yang mendapat naungan Allah. tetapkanlah iman. Sesungguhnya, antara tanda-tanda iman yang lemah, tidak rasa berdosa membuat kesalahan dan  tidak merasa perlu membuat kebaikan. adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang sedemikian? Nauzubillahi min zalik.. Ya Muqallibalgulub... Tsabbit Qulubana 'Ala Diinika wa'ala To'atika... Semoga Arwah Ustaz Abdul Rahim tergolong dikalangan orang-orang yang soleh..




9 comments:

  1. Hidup ni kene ade give and take.. kalo kte da pinjam, kena redha utk pulangkannya blk pd tuannya..
    Harap Nasyroha n family tabah dgn ujian Allah ni..

    ReplyDelete
  2. Sedihhh sgt...=( smpaikan salam takziah kakak pd nasyroha..moga Allah tempatkan wak aim dlm kalangan org beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roha tau tak yg ayah die sakit mase die kat asrama?

      Delete
    2. wak aim kan kritikal tiba-tiba, Roha tau time kritikal tu lah..

      Delete
  3. Kematian tidak mengira masa, seharusnya stiap dari kita bersedia...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. sungguh mendalam entri ini.keep writng nice entry sis.support+followed your blog ;)

    ReplyDelete