Saturday 13 September 2014

Buat Sahabat yang Mencari Sahabat


Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
Bukan jua milikmu

Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia

Kerana DIA lah aku mengenalimu

Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang

Semuanya kerana Allah

Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya...
Hanya DIA... 

ungkapan yang di'copy' dr mr google
Hakikatnya,beginilah ukhuwah kerana Allah.
Bait2 kata yg mudah ini jelas menerangkan bahawa ukhuwah islamiyah itu kerana DIA,bukan kerana aspek2 duniawi yg lain,

Ukhuwah itu juga datang selepas iman.Kerana untuk menjalinkan hati2 nurani kita semua,hati2 itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman.Kerana itulah:

...انما المؤمن الاخوة.....

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang beriman berhati suci. Sungguh semua org ingin ke arah kesempurnaan iman yang menjadikan Islam itu sebagai panduan dan jalan hidupnya tanpa sebarang ragu dan sangsi.

Oleh kerana itu juga,orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia. termasuklah persahabtan.

Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang.Buat apa perlu kita cemburu,sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api2 syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah,kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik2 mazmumah.
Cemburu itu tidak ke mana,tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa,malah akan mengundang pelbagai rasa2 kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat2 yang lain. Tidak bukan? 
Dan semestinya cemburu itu akan melukakan hati sahabat yg lain.

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah.
seseorang itu bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu.
 Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu, selagi itu kita masih bersaudara,
Kita tak seharusnyabataskan ukhuwah kita dengan insan2 yang baik *dlm pandangan kita*
Tidak perlu menghindari sahabt2 yang kurang baik *dalam andangan kita*. Insan yang mempunai sifat mazmumah juga boleh mnjadi sahabat kita. 

Berkawanlah dengan sesiapa sahaja mengikut jantina,seramainya,sebaiknya. itu yang Islam ajar. Jauhi sifat2 kurang matang kerana sebagai seorang Muslim produktif perlulah sntiasa positif dan matang. 

Selagi kita masih mampu,berbuat baiklah pada semua orang.Usah kita timbulkan persoalan2 ranting yang tidak membawa kita ke mana2. Persoalan2 itu kekadang merupakan bisikan dan suntikan syaitan dalam hati2 anak adam.

Tiada org beriman yang menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah,jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh.Tidak sama sekali.

Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya.Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir2kan la ya...


Sahabat,
Usah risau ya.Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah.  Tiada istilah melupakan kawan dalam ukhwah. Selagi sahabat itu mendoakan sahabatnya yang lain, selagi itu ukhwah masih kukuh.
Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.Meski kita berjauhan dan tiada banyak masa bersama-sama,itu bukanlah tanda2 putus persahabatan 
Allah itu ada.

Kesucian persahabtan itu dinilai bukan lah dri belangkas yang ditunjukkan. ( bermaksud bukanlah mereka yg brsahabat itu perlu bersama setiap masa) tetapi dinilai dri betapa mereka bersahabat, sntiasa mndoakan kebaikan antr satu sama lain, memberi kebaikan dan manfaat kepada antara satu sama lain. Bersama2 mmbentuk diri bersama sahabt utk mnjadi Insan yang penuh dengan iman dan hindari sifat2 mazmumah. Doa.Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh.Jangan takut dalam berukhuwah.Hargailah persahabatan yang terbina.Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat.Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasulnya.Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa.Ambillah pengajaran kisah2 terdahulu.Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita.Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat2 mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina. D'accord? 

..cemburulah..dalam amalan kebajikan...

"Ya Allah,peliharalah ukhuwah antara kami.Jauhkanlah hasad2 yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya"

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "sekiranya kita mengingati Allah dikalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah. Wallahu'alam.

Jadi,
Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah??

3 comments:

  1. D'accord. Je comprends ;)

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan saudari.

    Saya juga mengaku, Saya bersahabat dengan seseorang yang berjauhan dengan saya. Bahkan dia akan pergi lebih jauh nanti.
    Tapi setiap kali kami berhubung, Alhamdulillah tidak pernah lagi timbul rasa resah.
    Segala perkongsian seolah olah akhirnya nanti akn menemui suatu kelegaan.
    Mungkin juga kerana perkongsian itu dimulakan oleh org yg ikhlas berkongsi, dan didengar oleh org yg ikhlas mendengar. Jarak bukanlah masalah terbesar.

    Jay Zack Kay Kay.

    pss: 4 ur in4mation, my friend will be furthering her studies to France !

    ReplyDelete