Saturday 8 December 2012

Inilah realiti~

solat berjemaah di tengah-tengah hutan, ditemani irama aliran air sungai dan percikan air terjun yang mengasyikan, dan nyanyian merdu si cengkerik hutan memang sangat menenagkan dan dapat menambah kekhusyukan..

salam ke kiri menandakan selesailah solat fardhu yang dilaksanakan. Air wudhuk yang menggunakan air mutlak iaitu air sungai masih terasa kesejukannya di wajah. Daun-daun dan batu-batu kecil dimuka disapu bersih sebelum bersalam dengan jemaah akhowat lain
sekadar gambar hiasan

pengalaman 'jungle tracking' di dalam hutan kali ini berbeza dengan yang lain. 
meskipun di kawasan yang sama, bukit Serendah.
mungkin, kalai ini kusudah cukup dewasa untuk berfikir mengambil ibrah
atau mungkin kerana pendakian di bukit Serendah pada kali ini, aku bersama dengan
sahabat-sahabat yang baru sahaja aku kenali, yang belum serasi bersama
mungkin juga kerana kepenatan kali ini berbeza setelah 6 jam berjalan,
dan berhenti seketika untuk minum air di sungai-sungai kecil apabila terjumpa.
mungkin juga kerana cabaran yang ditempuh lebih sukar, memandangkan sekarang musim hujan.

antara Ibrah yang sempat kufikir,
lorong yang kami lalui sepanjang kami berjalan di hutan,
kuibaratkan umpama agama. Tali agama Allah. Agama disisi Allah.
Takkan mungkin dapat hidup tanpanya.
Malah, kami akan sesat di hutan itu tanpa lorong yang ada.
Lalang dan pacat. tidakku nafikan, bagiku pacat adalah binatang yang amat kugeli. berusaha aku beranikan diri memegangnya tatkala ia melekat di stokinku. Namun, keberanian masih belum menerjah.
lalang dan pacat umpama halangan yang dilalui, ketika kita berusaha mengikut Agama Allah. Terkadang, lalanng yang tajam, panjang dan banyak membuatkan lorong yang harus kami lalui tidak kelihatan.

di sanalah,
aku melihat pelbagai ragam manusia.
tatkala digigit pacat. ada yang menjerit, ada yang  beristighfar. ada yang 'cool'. ada juga kulihat dia bersyukur. Paling tidak menyenangkan, ada yang mencarut.
tatkala ada yang terjatuh, tergelincir dek batu-batu licin di sungai, ada yang membantu, ada yang hanya mampu melihat. paling tidak menyenangkan ada yang menggelakkan
Lelaki jatuh, perempuan gelakkan, apabila perempuan yang jatuh, giliran lelaki memecah suasana.

inilah realiti kehidupan,
ketika ditimpa musibah. pelbagai ragam manusia. Dan sebaik-baik 'respond' terhadap ujian Allah adalah
BERSYUKUR..
ketika ada yang jatuh, rebah kerana kegagalan yang sementara, juga pelbagai ragam dari masyarakat.
Ada yang suka melihat kita jatuh, tapi jangan lupa masih ada yang mahu membantu untuk kita bangkit semula
rasa sedih..
Bila mendengar orang mencarut kerana musibah yang sangat sedikit, jika dibandingkan dengan pengorbanan kakak dan abang seagama kita di Syria dan Palestin. mengorbankan darah demi Islam
rasa sedih..
Bila melihat insan yang tiada sedikit pun dihatinya belas kasihan, menggelakkan, mempersenda mereka yang lemah dan perlukan bantuan.
sedangkan Rasullah ada bersabda, dalam riwayat Bukhari


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya kalian hanya akan dibantu dan diberikan rezeki oleh Allah jika kalian semua membela orang yang lemah." 
rasa bangga..

melihat segelintir remaja yang masih mempunyai sikap prihatin, dan berfikiran positif.

Tidak akan yang negatif selamanya menjadi negatif?
Tidak mustahil yang negatif akan menjadi positif berdasarkan pemikiran kita yang sentiasa positif.
dengan izin Allah.
Ingatlah!
Mustahil di dunia hanya ada 2,
iaitu..
Sifat mustahil bagi Allah SWT
Sifat mustahil bg Rasulullah SAW

Adakah ini remaja yang 'konon' nya berjihad? mahu menggoncang dunia?
gagal bermujahadah melawan nafsu?

Ayuh, berfikir, sahabat sekalian. Antara golongan yang sudah diceritakan.
Apa pilihan kita?
Mengikut kata NAFSU atau AKAL?

Jikalau kita tergolong antara golongan yang negatif seperti di atas. Ayuh berubah!
Sesungguhnya kata-kata melambangkan hati. Jagalah kata-kata dan tingkah lakumu.
Agar Islam mudah berkembang dan tersebar, jika remaja islam mengamalkan apa yang diajar oleh agama ISLAM.

REMEMBER!
religion is nothing we can make fun of..

Hayati lagu dan liriknya..


3 comments:

  1. Ayuh mujahadah melawan nafsu!
    Semuanya berbalik kpd diri kita,kalau kita kehendakinya,usaha,tekad,In sha Allah,Allah bantu!
    Contoh,ana bukan nk berlagak,tp ana sediri,Alhamdulillah,lepas subuh skrg ana tak tidur.Itu pun sebab ana dah buat checklist.azam akhir tahun kat rumah!Ayuh semua!In sha Allah,Allah tolong.

    ReplyDelete
  2. Allah xakan ubah nasib seseorg mlainkan diri sndiri dulu yg tekad utk berubah.. keep it up farasye..!

    ReplyDelete
  3. mehnah dalam berjuang tu sentiasa ada..yg membezakan manusia adalah kehebatan mereka berhadapan dengan ujian luar..boleh dilihat dari segi reaksi (tenang atau melenting atau lari dari masalah), kesabaran dan kebergantungan masing2 pd Allah..

    individu yang kuat takkan mudah dipengaruhi oleh faktor luar..

    p/s : bagus ambil ibrah selepas mentadabbur alam..;)

    ReplyDelete