Monday, 3 December 2012

Mencari jalan menuju ke Syurga (2)


Perjalanan dari Maahad Tahfiz Qiraat ke rumahnya yang sejauh 4 kilometer terasa sekejap. Sepanjang perjalanan Ayuni teringat perbualan dengan anak muridnya, Sumayyah.
“Mm….”
Ayuni yang termenung. Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana mahu menidakkan kenyataan Sumayyah sebentar tadi. Rasa ingin tahu menyerang dirinya, kenapa Sumayyah bertanya soalan begitu. Adakah kerana, ibu Sumayyah…. Astaghfirullah! Suuzhon.
“ Ustazah? “ Sumayyah memanggil Ayuni yang masih termenung. Ayuni tersedar dari lamunan. Terkejut. 
“ Oh, minta maaf. Ustazah terlupa nak jawab soalan kamu..” Ayuni mengelak.
“ Bukannya apa ustazah, semalam Sumayyah pergi masjid besar, dengar ceramah Ustaz Azhar. ikut kakak sepupu . Dia kata kalau mak buat salah anak kena tegur. Kalau saya tak tegur, saya dosa ke ustazah?” Sumayyah bertanya lagi.
“ Kalau Sumayyah sayangkan mak, ayah Sumayyah. Kenalah tegur kesalahan mereka. Tapi ingat, kena lemah lembut, sopan santun. Kita kena hormat mereka dan menyayangi mereka. Kita tegur kesalahan mereka pun sebab kita sayangkan mereka. Betul tak?” ringkas nasihat Ayuni. Kepala Sumayyah diusap lembut. Sumayyah mengangguk. Entah apa yang difikir anak ini.
“ Ustazah pergi tak ceramah Ustaz tu?” Sumayyah bertanya lagi. Kali ini Ayuni terdiam lagi. Bukannya tidak tahu menjawab, tapi mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muridnya ini.
“ Ustazah tak pergilah. Ustazah penat sangat malam tu. Ok lah, Sumayyah, Ustazah nak balik. Siapa ambil kamu balik sekolah?.” Ayuni mengubah topik. Kalau dibiarkan setengah jam mereka berbual. Sumayyah mengangguk setuju.
“pak Ayub..” Tangan Ayuni disalam sekali lagi. Ayuni memerhati Sumayyah sehinggalah dia masuk ke sebuah kereta mewah. Di dalamnya kelihatan seorang lelaki yang agak berumur memakai uniform putih, berkaca mata hitam. ‘ Oh, itu Pak Ayub..’ bisik hati Ayuni.
Motor Yamaha hijau miliknya di turunkan tongkat. Helmet yang dipakai, ditanggalkan dan diletak ke atas bakul motor. Ayuni menyusun langkah menuju ke dalam rumah.  Telefon bimbit NOKIA miliknya dikeluarkan dari beg tangan. Sebuah mesej dihantar.
To: Zana.
Assalamualaikum Zana, ceritalh kat aku, apa pngisian kt msjid Negeri hri tu?
-------------
Sejurus selepas Ayuni selesai makan malam bersama kedua orang tuanya, Ayuni masuk ke bilik. Dia ingin membersihkan badannya. Sebentar lagi, azan maghrib akan berkumandang. Telefon bimbitnya berkelip-kelip di atas meja, menandakan ada mesej masuk. Butang open ditekan
From: Zana
No hal. Malam ni aku telefon ye. Bnyk soalan yg ditanya, psal keluarga, perann ibubapa n perann anak...
‘Oh, patutlah Sumayyah tanya kat aku pasal hal-hal keluarga..’ Ayuni bemonolog.
------------------------------------------------------------------------------------------------

                Sudah masuk minggu ke-2 Ayuni mengajar di sekolah rendah Maahad Tahfiz Qiraat itu. Semakin hari semakin rapat Ayuni dengan anak-anak muridnya. Semakin hari juga hubungan Ayuni dengan Sumayyah semakin rapat, melebihi hubungan guru dan murid. Mana tidaknya, setiap hari Sumayyah bertemu dengan Ayuni, bagi bertanyakan soalan-soalan yang agak pelik diutarakan oleh kanak-kanak seperti Sumayyah.
                “ Ustazah, orang yang masuk Islam akan diampunkan dosa mcm bayi bru lahir kan? Kalau mak saya keluar Islam, lepas tu masuk Islam balik, dosa-dosanya akan diampunkan tak?”
                “ Ustazah, kalau perempuan pakai pakaian yang ketat tu, umpama terlanjang, lebih baik tak payah pakai baju kan ustzah?”
                “ Ustazah, dosa ke, kalau saya tak salam dan cuim tangan Abah hari-hari,macam yang ustazah cakap hari tu? Abah saya dah lama tak balik rumah.”
Itulah soalan-soalan yang pernah diutarakan Sumayyah saban hari.
                Seperti biasa, Ayuni akan pergi ke pejabat seusai tiba di kawasan sekolah itu. Kelihatan ramai murid yang berkeliaran. Ada yang berkejaran, ada yang duduk sambil tergelak-gelak. Bahagia. Sepuluh minit lagi perhimpunan mingguan akan dimulakan.
                “ Assalamualaikum, ni Ustazah Ayuni ke? “ Satu suara menyapa Ayuni dari tepi. Ayuni yang khusyuk mendengar ucapan Guru Besar Tuan Haji zakaria terkejut.
                “waalaikumussalam. Ya, saya Ustazah Ayuni..” Ayuni memandang kearah suara yang memberi salam. Seorang wanita berjaya, berumur lingkungan 30-an. Tudung fesyen Indonesia yang berkelip-kelip dipadankan dengan baju kebaya moden yang penuh labuci yang dipakai jelas membuktikan wanita ini adalah wanita berkerjaya. Kaca mata hitam yang dipakai di buka.
                “ saya, Puan Amirah, mak Sumayyah, boleh saya nak jumpa dengan Ustzah sebentar?” Wanita yang menggelarkan dirinya mak kepada Sumayyah meminta izin. Ayuni tekaku sebentar. Terkejut. Kemudian dia mengangguk, lalu mengajak Puan Amirah masuk ke bilik guru.
                “ Beginilah ustazah. Saya sebenarnya nak minta tolong jasa baik Ustazah..” Puan Amirah mula bersuara seusai dia dipersilakan duduk oleh Ayuni.
                “ Minta tolong saya? ......"

bersambung...

Friday, 30 November 2012

Mencari jalan menuju ke Syurga (1)


Buku kedatangan pelajar yang baru sahaja selesai diisi ditutup. Pen biru dan merah dimasukkan ke dalam bekas pensel. Huh!. Syarifah Izzati Ayuni ataupun digelar oleh anak-anak muridnya, Ustazah Ayuni mengeluh. Penat. Separuh hari bekerja di Maahad Tahfiz Qiraat melayan anak-anak murid yang mempunyai pelbagai karenah. Jam tangan besi jenama Quartz di tangan kanan sekilas dipandang. Jam menunjukan tepat jam 6.05 petang. Masanya untuk balik ke rumah.
“ Ayuni, hang tak balik ke? “ Ustazah Hafsah. Seorang guru kelahiran Kedah menegur dalam perjalanan keluar dari Ghurfatul Mu’allimat berkenaan. Beg tangan berwarna coklat kemas pegang bersama Buku Kedatangan yang agak tebal di tangan kanannya. Ayuni tersenyum. Mengangguk.
“ Ya kak. Nak balik lah ni. Baru siap isi kedatangan Murid untuk hari ni. “ Ayuni membalas memandang Ustazah Hafsah yang lebih tua beberapa tahun darinya. Ustazah Hafsah membals senyuman Ayuni lalu duduk di kerusi kosong di hadapan meja Ayuni.
“ macam mana? Seronok ngaja kat sini. Muka Ayuni pucat, hang penat ka?” Ustazah hafsah bertanya prihatin.
“ Penat sikit lah kak. Alah, biasalah..hari pertama.”
“ Alah bias tegal biasa ya tak. Oklah Ayuni, Akak cek balik dulu. Nak ambil anak balik dari sekolah.” Ustazah Hafsah meminta diri. Kerusi yang didudukinya tadi dimasukkan balik ke bawah meja.
“ yelah kak. Elok-elok memandu tu..” Ayuni membalas. Segaris senyuman ikhlas diberikan. Mungkin senyuman ini boleh mengurangkan penat yang ditanggunginya sekarang. Ustazah Hafsah mengangguk, lalu menyusun langkah meninggalkan Ghurfatul Mu’allimat. Ayuni memandang ke sekeliling. Ramai guru-guru perempuan sudah pulang ke rumah. Yang tinggal cuma dia dan seorang Ustazah yang agak barumur, mengajar subjek Tajwid.  Ayuni mengemas barang-barangnya, lalu ke pejabat untuk punch card. Kunci motor dikeluarkan dari dalam beg tangannya yang sederhana besar.
‘eh, mesej lah..’ bisik hati Ayuni, selepas terpandang telefon bimbitnya yang berkelip-kelip menandakan mesej telah pun masuk. Punat open ditekan.
From: Zana
Assalamualaikum, Ayuni. Mlm ni kt masjid negeri ada ceramah UAI, nak pergi tak. Kalau nak, malam ni aku dgn Maya ambil kau kat rumah.
‘ Ustaz Azhar Idrus. Nak pergi, tapi…’ butang reply ditekan. Mesej Zana dibalas.
Waalaikumussalam. La, yeke. Aku nak sangat pergi, tapi aku penat sangat ni. Hari ni kan first day aku kerja, tak biasa lagi lah. Kau pergi jelah dgn Maya. Esok bg tau aku, apa pngisiannya ye J ..
Message Sent


“ Assalmualaikum, umi.” Ayuni menyapa uminya yang sedang mencangkung menggembur tanah dalam pasu di halaman rumah mereka. Hajah Mariam menoleh. Matanya dikecilkan, silau agaknya dengan cahaya matahari yang agak terik memancar.
“ waalaikumussalam…” Salam anak sulungnya disambut beserta segaris senyuman. Serampang tangan yang dipegang tidak dilepaskan.
“ Umi, nak Ayuni tolong apa-apa tak?” Ayuni menawarkan pertolongan.
“ Tolong? Tak payah lah. Ha, Ayuni. Tak cerita pun kat umi kan, macam mana kerja?”  Hajah Maryam bertanya. Diajaknya Ayuni duduk di atas kerusi berdekatan di taman itu.
“ Alhamdulillah. Seronok mengajar budak-budak tu. Sekolah tahfiz, baik-baik sikit budaknya. Ada yang tak dengar cakap, tapi tak banyak, sorang dua je. Tapi, kalau diorang tak ada sunyi kelas tu.” Panjang Ayuni bercerita
“Baguslah. Memang cita-cita Ayuni nak jadi Cikgu kan? Tapi Ayuni, ingat pesan umi, budak-budak ni kecil lagi, apa yang Ustazah diorang buat, itu yang diorang ikut..” Ayuni tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
Murid-murid tahun 4 Al-Khawarizmi beratur panjang. Masing-masing berebut untuk beratur di hadapan. Tak sabar hendak pulang ke rumah.Ucapan salam sudah pun diberikan. Namun, selagi mereka belum salam tangan Murabbi, mereka tidak dibenarkan keluar kelas.
Ayuni menghulurkan tangan kepada murid-murid 4 Al-Khawarizmi sehinggalah murid yang terakhir. Ayuni mengemaskan barang-barangnya.  Buku Hadith yang baru sahaja digunakan tadi dimasukkan kemas ke dalam beg. Tiba-tiba datang seorang murid perempuan dekat dengan Ayuni.
“ Ustazah.” Panggil murid itu. Ayuni menoleh ke belekang.
“ Eh, Sumayyah. Kenapa tak balik lagi ni?” Ayuni memegang kedua belah bahu murid itu. Badanyya dibongkokkan sedikit supaya dapat melihat wajah Sumayyah.
“ Ustazah, nak tanya. Tadi ustazah cakap pasal aurat kan? Kalau anak perempuan tak tutup aurat, nanti ayah dengan mak yang kena tanggung dosa kan?” Petah Sumayyah berkata.  Ayuni tersenyum. ‘cerdik anak murid aku ni..’ bisik hati kecilnya.
“ ya Sumayyah, sebab tulah kita kena jaga aurat, jaga tingkah laku, jaga semuanyalah, kalau tak, umpama kita tempahkan tiket untuk mak ayah kita masuk ke neraka.” Pesan Ayuni.
“ tapi Ustazah, kalau mak saya yang tak tutup aurat? Saya kena tanggung dosa mak saya lah ye..?”
“ Mmm….”

bersambung...

Tuesday, 20 November 2012

Manusia Gajah?

' Nak buat apa ye..?' aku bermonolog mouse laptop aku gerak-gerakkan ke kanan ke kiri. Nak belajar, belum ada 'mood'. nak bukak Facebook, baru buka tadi... mmm...ha! tgok movielah. belek punya belek, jumpalah cerita Penelope kat laptop kakak.
       "Harizah, cerita ni pasal apa? " aku bertanya sebelum menonton filem tersebut. Kalau tak  'best' rasa macam buang masa je tengok.
      " Cerita tu pasal perempuan yang berhidung 'pig'..." kakakku membalas selumber. Hidung 'PIG'? mesti buruk kan muke die. Tanpa rasa bersalah aku mengutuk. alah, lakonan je, bukan wujud betul-betul pun.
     " wah, cuba search kat google, elephant man..kisah benar tu.." kakakku memberikan cadangan. 
Nak tau pasal elephat man? manusia yg mempunyai sedikit ciri2 gajah. MasyaAllah..
Ni lah, muka manusia gajah...tapi ni dalam lakonan je..cerita ni ada movie die, tajuknya The Elephant Man. tapi kalau nak tengok Manusia Gajah yang sebenar punya, yang ni

Nama sebenar die Joseph Carey Merrick, Dilahirkan tahun 18_ _. Ni kisah lama, mungkin ada yang dah tahu. Ketika dia dilahirkan, tak ada tanda-tanda yang menunjukan dia akan menjadi manusia gajah. Ketika berusia 5 tahun, tanda-tanda seperti kulit semakin tebal dan ketumbuhan yang luar biasa tumbuh di sebelah kanan wajahnya, tangan dan kakinya juga semakin membesar. Semasa dia kecil, Marick pernah terjatuh dan menyebabkan badannya senget dan dia tempang sepanjang hidupnya
         Merrick dipulaukan oleh masyarakat kerana keadaannya yang dianggap sangat menjijikan. Namun, Ibunya adalah satu-satunya manusia yang sangat menyayangi dia dan menganggap Marick seperti manusia yang lain. Dipendekkan cerita, Ibunya meninggal dunia semasa dia berumur 11 tahun dan ayahnya berkahwin lain. Marick tidak mendapat kasih sayang dari ayahnya dan ibu tirinya. Marick hidup terbuang.
           Oleh kerana dia tiada tempat bergantung, dia cuba menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah, tapi..Perniagaannya tidak mendapat sambutan walaupun sedikit, oleh kerana fizikalnya yang ditakuti ramai. Merrick tidak berputus asa, dia cuba untuk mendapatkan wang untuk hidupnya dengan mempamerkan dirinya yang aneh itu di pusat-pusat pameran. barulah dia mendapatkan wang untuk menampung keperluan hidup.
        Merrick, bukan seperti manusia biasa. Manusia yang normal akan tidur dalam keadaan baring, namun Merrick tidur dalam keadaan duduk, disebabkan kedudukan tulangnya yang tidak betul, dia akan meletakkan kepalanya di atas lutut ketika tidur. Tetapi, suatu hari, ketika dia tinggal di dalam hospital.. dia cuba untuk menjadi seperti manusia biasa yang lain, dengan tidur secara baring. tidak lama kemudian, Joseph Carey Merrick ditemui meninggal dunia dalam keadaan baring di atas katil.
       Kerana percubaan untuk menjadi seperti orang lain, dia meninggal disebabkan tulang tengkuknya yang patah, kerana tak dapat menampung berat kepalanya akibat ketumbuhan.Itulah nasib Merrick, meninggal dunia ketika dia ingin merasakan dirinya seperti orang lain.
Ini adalah cerita ringkas, nak cerita full yang lebih menyedihkan, tentang kisah hidupnya.. cubalah search kat google, insyaAllah jumpa...dan salah satu puisi yang ditulis Merrick berbunyi begini..

"This true my form is something odd.
But blaming me is blaming god.
Could I creat myself a new,
I would not fail in pleasing you,
If I could reach from pole to pole,
Or grasp the acean with a span,
I would be measured by the soul,
The mind's the standard of the man."

Kalau nak translate, tak sedap bunyinye....sedih kalau betul2 memahami kisah hidup dia.
Tapi apa-apapun, kita sebagai orang Islam sangat23097x beruntung, sbb kita ada Allah. Macam mana teruk sekalipun hidup kita terbuang dipulaukan, jika kita letakkan Allah yang pertama di hati kita, kita takkan keseorangan :) ... Allah dah janji, Inni Qarib, Innallaha ma'assobirin. Percayakah kita dengan janji Allah? Sudah terang lagi bersuluh, Allah akan sentiasa bersama kita dalm setiap detik, tapi, persoalannya.. Adakah kita akan sentiasa bersama Allah dalam setiap detik hidup ini?Tepuk dada tanya Iman...

~keArahKesempurnaanIman~